Jumaat, 20 Februari 2009

kau bukan untukku

andai dia tercipta bukan untukmu...lepaskanlah...
andai hatinya lahir bukan untukmu...relakanlah..
andai cintanya ada tapi bukan untukmu...padamkanlah..
rindu itu memang menyeksakan bagi keadaan yang memeritkan..
rindu itu amat memilukan bagi yang di tinggalkan..
tapi..rindu itu indah bila kita simpan dalam kenangan,,,
kerana..dari rindu itu kita tahu..kita pernah disayangi...
kerana dari rindu itu juga kita tahu...kita pernah di hargai...
memang pedih nak menghadapi kenyataan dia bukan milik kita lagi..
tapi amat pedih bila kita cuba memiliki tapi buat org lain membenci..
dan berlaku adillah pada sekeping hatimu...
yang sukar menanggung beban rindu padanya yang sarat..
Dia..bahagia dengan pilihannya..
Sedangkan engkau berduka lara....
perlahanlah belajar untuk melepaskannya di hatimu...
kerana dari cara itu kau kan temu kebahagiaan di lain waktu..
tapi..jangan sesekali kau berusaha melupakannya..
kerana..tanpa dirinya..kau tak pelajari satu ragam yang bernama..CINTA

Tiada ulasan: