Selasa, 18 November 2008

kerana awak

awak,
suatu hari awak datang mengetuk pintu hati saya...
awaklaa yang pertama berjaya mengetuk dan menakluki hati saya

awak,
awak tau kn yang saya amat takut untuk mencintai dan dicintai...
saya takut andai saya disakiti
tapi, awak cakap awak xkan sakiti saya...
saya percayakan awak

awak,
tanpa luahan kata cinta ini terjalin
atas dasar perasaan kita yang saling memahami
indahnya kenangan itu...

awak,
hari-hari yang kita lalui terasa begitu indah
disusuli kenangan-kenangan manis
suka duka kita lalui bersama

awak,
saya x pernah kesah
saya terima diri awak seadanya
sebab saya yakin
awak mampu jadi lebih baik

awak,
terima kasih....
sbb sudi menyayangi diri saya
sbb sudi melayan kerenah saya
sbb sudi berkorban untuk saya
terima kasih di atas segala-galanya...

awak,
maafkan saya...
andai saya banyak menyusahkan awak
andai saya banyak menyakiti awak
andai saya tidak mampu memahami awak
sebab saya cuma insan biasa....

awak,
hari ini bukan lagi semalam yang indah
saya terpaksa harungi segalanya seorang diri
tiada lagi awak untuk saya bermanja
tiada lagi awak untuk saya berkongsi segalanya
tiada lagi awak untuk memujuk saya
tiada lagi awak untuk menemani saya

awak,
macammana saya nak teruskan kehidupan ini tanpa awak?
langkah saya longlai tanpa awak
hidup saya sepi tanpa awak
jiwa saya kosong tanpa awak

awak,
awak taukan betapa hati ini begitu mencintai awak...
betapa hati ini terseksa...

awak,
apepun saya doakan yang terbaik untuk awak
moga awak temui orang yang lebih baik untuk mencintai awak
orang yang awak akan lebih hargai

Tiada ulasan: